Tampilkan postingan dengan label kahwin. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kahwin. Tampilkan semua postingan
Fazura Kahwin Senyap Senyap
Label: fazura, kahwin, senyapFazura Kahwin Senyap-Senyap
“Dah kahwin? Dengan siapa tu? Banyak juga nama calon-calon yang saya dengar. Tapi semua sedia maklum bahawa saya bukan jenis yang suka komen soal peribadi,” ujar pelakon dan model jelita, Fazura apabila diajukan soalan sedemikian rupa, semalam.
“Cuma doakan sahaja yang terbaik buat diri saya. Saya sentiasa percaya dengan ketentuan Allah.”“Saya memang berazam nak berkahwin tahun ini sebab umur saya pun sudah mencecah 30 tahun. Kalau jodoh saya sampai, Insyallah. Doakan semoga saya bahagia,” kata Fazura sekaligus menafikan khabar angin yang tak tepat itu.
Tanpa mengira sesiapa pun yang akan menjadi jodohnya, Fazura berazam untuk menurut kata-kata ibunya agar berhenti berlakon setelah berkahwin kelak.
“Saya rasa saya akan tepati janji kepada ibu. Lepas berkahwin memang ibu saya tak bagi berlakon.“Sekiranya bakal suami saya seorang pelakon, dia pun perlu berhenti berlakon juga. Fokus perlu diberikan 100% kepada rumahtangga dan saya juga percaya bahawa ini adalah salah satu cara untuk saya hormati suami.“Tetapi sekiranya dia bukan pelakon, mungkin dia seorang ahli perniagaan atau apa-apa sahaja, saya tetap akan hormati dia dan tak akan berlakon lagi,” ulas Fazura sambil tersenyum manis.
Merujuk kepada perkembangan terbaru, Fazura telah dilantik sebagai duta untuk produk terbaru Colgate iaitu ‘Colgate Optic White’ dan akan bergandingan dengan pelakon hebat, Shaheizy Sam dalam drama terbaru berjudul ‘Kisah Cinta.’
Anak kahwin bapa mati
Label: anak, bapa, kahwin, matiLondon: Satu majlis yang sepatutnya dipenuhi kegembiraan sebaliknya berlangsung dalam suasana pilu apabila bapa pengantin perempuan meninggal dunia secara tiba-tiba akibat tercekik makanan.
Jagan Babwah, 73, duduk di meja khas pengantin bersama kira-kira 160 tetamu bagi meraikan perkahwinan anak perempuannya, Camela di sebuah istana kurun ke-14.
Beberapa minit selepas jamuan berlangsung, dia rebah kerana tercekik daging kambing dan dibawa keluar dari ruang utama majlis.
Beberapa tetamu cuba membantu untuk mengeluarkan daging yang tersekat di kerongkongnya tetapi bapa empat anak itu tiba-tiba mengalami serangan jantung. Dia disahkan meninggal dunia apabila anggota paramedik tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.
Di sebalik detik menyedihkan itu Camela Taylor, 35, memutuskan untuk meneruskan majlis berkenaan kerana yakin itu adalah kemahuan bapanya.
Camela berkata, bapanya sangat gembira pada hari itu dan memakai pakaian segak buat kali pertama sebelum mengiringinya menaiki Rolls-Royce putih ke majlis itu. “Saya tetap meneruskan majlis perkahwinan kerana itu yang dimahukan bapa. Kami sudah merancang majlis itu selama dua setengah tahun dan dia selalu bercakap mengenainya.

CAMELA bersama ibu dan bapanya sejurus sebelum lelaki itu tercekik.
“Pada pagi sebelum majlis bermula, bapa sangat gembira kerana saya akan berkahwin hari ini,” katanya. Camela yang bertemu suaminya John Taylor, 28, di tempat mereka bekerja berkata, beberapa minggu selepas kejadian itu, dia berasa sangat menyesal kerana meneruskan majlis terbabit.