Tampilkan postingan dengan label pekerja. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pekerja. Tampilkan semua postingan

70 Peratus Pekerja Di Malaysia Alami Tekanan

. Kamis, 30 Januari 2014
0 komentar

KUALA LUMPUR – Kajian oleh penyedia pekerjaan global, Regus Research menganggarkan hampir 70 peratus pekerja negara ini menghadapi masalah berkaitan stres berikutan ketidaktentuan ekonomi global pada waktu ini.

Regus Research turut mendapati hampir separuh respondan di Malaysia yang terlibat dalam kajian itu berasakan tahap stres mereka semakin meningkat dan 42 peratus mereka mendakwa tidak cukup tidur kerana terlalu bimbangkan tentang kerja.

“Masalah berkaitan stres boleh menyebabkan obesiti dan sakit jantung, alzheimer, kencing manis, kemurungan, masalah gastrousus dan asma.

“Kajian ke atas lebih 26,000 pengurus perniagaan dan eksekutif kanan di 95 negara termasuk Malaysia itu turut mendapati masalah berkaitan stres meningkatkan isu ketidakhadiran yang boleh menjejaskan produktiviti perniagaan dan masa depan pekerja,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kajian sama turut mendapati 33 peratus daripada respondan sentiasa berasa bimbang akan kehilangan kerja, manakala 32 peratus berasa kurang yakin dengan sektor pekerjaan mereka.

Kajian juga mendapati 53 peratus daripada respondan percaya keluarga dan rakan mereka mengetahui masalah berkaitan stres yang dialami dan 47 peratus percaya stres akan menjejaskan hubungan antara pekerja.,

Pengarah Wilayah Regus Research, John Henderson dalam kenyataan sama berkata, ketidaktentuan ekonomi global memberi tekanan kepada golongan pekerja kerana mereka dikehendaki bekerja lebih dalam kekurangan.

“Masalah ini menjejaskan kehidupan peribadi pekerja. Paling penting adalah kesihatan mereka dipertaruhkan akibat tekanan yang merupakan pemangkin untuk beberapa penyakit serius.

“Perniagaan yang proaktif dan mengambil berat isu tekanan akan mendapat pekerja yang sihat dan mengurangkan ketidakhadiran,” katanya. 
Read More..

Kemelut Kesatuan Pekerja TNB Suruhanjaya Tenaga!

. Kamis, 26 Desember 2013
0 komentar

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk memisahkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada lima entiti berlainan bagi meningkatkan kecekapan operasi firma utiliti nasional itu berhadapan tentangan kuat daripada kesatuan pekerja TNB.

Ia apabila sebanyak empat kesatuan pekerja yang mewakili lebih 30,500 pekerja TNB dalam satu kenyataan bersama hari ini menyelar cadangan tersebut dan berazam mempertahankan TNB sebagai sebuah entiti tunggal.

Kesatuan terbabit adalah Persatuan Eksekutif TNB (PETNB), Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB (KPPPTNB), Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU) dan Persatuan Unit Keselamatan TNB (Perunika).

“Kami yang mewakili lebih 30,500 pekerja TNB berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Suruhanjaya Tenaga untuk memisahkan TNB kepada lima entiti. Semua pihak yang berhasrat demikian perlu menghormati pekerja TNB dan tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan seperti itu.

“Perkembangan ini meresahkan pekerja TNB. TNB akan kekal sebagai satu entiti bersepadu dalam industri perbekalan elektrik negara,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, PETNB, KPPPTNB, TNBJOU dan Perunika telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Tenaga hari ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

Justeru, keempat-empat kesatuan terbabit memberi amaran kepada semua pihak yang berhasrat memisahkan TNB kepada lima entiti supaya tidak membangkitkan lagi cadangan berkenaan,

“Kami bersedia mempertahankan TNB daripada dipisahkan dengan apa cara sekalipun,” tegas kenyataan itu hari ini.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Yang Dipertua PETNB, Abdul Shukor Hassan; Presiden KPPPTNB, Abu Hussin Nekmat; Presiden TNBJOU, Mohd. Roszeli Majid dan dan Yang Dipertua Perunika, Nekmat Md. Seh.

Media pada 8 November lalu melaporkan Suruhanjaya Tenaga mengemukakan cadangan supaya TNB dipisahkan kepada lima entiti berlainan di bawah inisiatif Kawal Selia Berdasarkan Insentif (IBR) bagi meningkatkan kecekapan operasi firma utiliti nasional itu.

Bagi merealisasikan cadangan itu, Suruhanjaya Tenaga yang menyelia inisiatif IBR dikatakan dalam proses rundingan dengan beberapa pihak berkepentingan, mengenai cadangan pemisahan yang akan menyaksikan TNB beroperasi di bawah lima entiti berasingan untuk memudahkan akaun setiap unit perniagaan berkenaan dipantau.

IBR adalah rangka kerja penetapan tarif elektrik baru Suruhanjaya Tenaga yang menyasar meningkatkan tadbir urus kawal selia industri tenaga domestik, di samping memberikan insentif kepada TNB untuk meningkatkan kecekapan operasinya.

Ujian selama setahun inisiatif IBR sepatutnya bermula pada September lalu, namun pelaksanaannya ditangguhkan kerana kerajaan perlu memberi keutamaan terlebih dulu kepada pengurangan subsidi bahan bakar.

Suruhanjaya Tenaga dikatakan sudah mengemukakan cadangan yang menggunakan model pasaran terurus untuk mengasingkan TNB kepada lima entiti perniagaan manakala pengeluar tenaga bebas (IPP) pula akan membentuk entiti keenam.

Suruhanjaya Tenaga mengemukakan cadangan supaya Tenaga Nasional Bhd (TNB) dipisahkan kepada lima entiti berlainan di bawah inisiatif Kawal Selia Berdasarkan Insentif (IBR) bagi meningkatkan kecekapan operasi firma utiliti nasional itu.
Read More..