Tampilkan postingan dengan label wanita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label wanita. Tampilkan semua postingan

Wanita Tidak Suka Mendengar Ucapan Ini

. Senin, 07 April 2014
0 komentar

Wanita adalah sosok yang cukup sensitif perasaannya. Salah berbicara atau bertindak sedikit saja bisa membuatnya kecewa, sedih, sakit hati, atau marah. Perlu hati-hati berhadapan dengan mereka. Dikutip dari Times of India, ada beberapa perkataan yang dapat membuat wanita menanggapinya secara berlebihan. Ucapan tersebut yaitu:

  1. “Kamu tampak sedikit lebih gemuk.” Banyak wanita tidak suka dengan kalimat ini. Anggapan yang berkembang saat, kecantikan kerap dipandang dari kelangsingan tubuh. Jangan heran bila lantas pasangan Anda mendadak muram mukanya.
  2. “Kamu dan ibumu seperti kakak beradik.” Walau kalimat ini mungkin benar adanya dari sisi fisik, namun wanita tidak suka bila dibandingkan dengan orang lain. Membanding-bandingkan dengan orang tuanya sendiri mungkin juga dianggap terlalu kasar.
  3. “Saya sangat menikmati saat keluar bersama teman-teman.” Walaupun sekilas ini perkataan biasa, namun wanita bisa salah sangka dengan mengira keberadaannya kurang berarti buat Anda. Tidak perlu Anda katakan hal ini kepadanya.
  4. “Saya tidak bisa menemanimu. Nanti klub kesukaanku akan bertanding.” Biasanya pria cukup fanatik terhadap klub olahraga tertentu. Namun saat Anda lebih memilih melihat pertandingan klub olahraga dibanding menemani pasangan, maka hal itu bisa membuatnya jengkel.
  5. “Kamu mengingatkanku pada mantanku.” Ucapan ini bisa membuat kecemburuan besar sekaligus kemarahan. Dia akan sangat cemburu ternyata Anda masih mengingat mantan. Dan, dia marah karena dibanding-bandingkan dengan mantan Anda.
  6. “Bagaimana pun juga, masakan Ibuku jauh lebih enak.” Hindari mengucapkan hal ini, sementara pasangan Anda setiap hari sudah meluangkan waktu memasakkan makanan buat keluarga. Pastinya dia akan sakit hati usahanya untuk menghidangkan makanan tidak dihargai.
  7. “Mengapa kamu terlalu lama melakukan perawatan?” Perlu diingat, wanita juga perlu waktu untuk memanjakan waktu sebagaimana Anda menghabiskan momen untuk sibuk mengurusi hobi. Jadi, memberikan sedikit waktu baginya untuk memanjakan diri tidak ada salahnya daripada harus ribut.
  8. “Wow, gadis itu terlihat seksi.” Sudah pasti wanita yang mencintai Anda akan cemburu hebat. Pasalnya, Anda berani mengerlingkan mata ke wanita lain dan dilihatnya secara langsung.
  9. “Aku tidak suka dengan temanmu.” Bagaimana pun juga, Anda dan pasangan tidak bisa hidup hanya berdua. Kehidupan sosial tetap harus dijaga, termasuk hubungan dengan teman-teman Anda dan pasangan. Mengatakan hal seperti itu bisa membuat dirinya kecewa.
  10. “Aku perlu waktu menyendiri.” Ucapan ini membuat pasangan Anda bersedih. Pasalnya, dia mungkin mengira Anda perlahan menjauhinya. Atau, dia bersedih tidak bisa membantu masalah yang Anda hadapi.
source
Read More..

Aurat Wanita Di Zaman Kini

. Rabu, 12 Februari 2014
0 komentar
Gambar Hiasan
Bila sebut sahaja menutup aurat, ramai orang lebih memfokuskan kepada pemakaian tudung semata-mata. Jika tutup kepala dengan tudung, ia sudah dikira tutup aurat. Namun secara hakikatnya, itu satu persepsi yang silap. Kini, wanita muslimah terpengaruh dengan busana dan fesyen-fesyen barat dalam berpakaian. Dan ada diantara mereka tidak menyempurnakan kewajipan mereka dalam melaksanakan hijabul muslimah yang sebenar, mereka memakai tudung tapi tidak menutup aurat kecuali rambut sahaja, berbaju tapi ketat, pendek dan jarang.
Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap, meliputi tatacara hidup dunia dan akhirat, peribadi dan masyarakat, aqidah dan akhlak dan sebagainya.
Islam meletakkan wanita ke satu darjat yang tinggi dalam masyarakat, di mana wanita dianggap suci dan dipelihara serta dilindungi kesuciannya sehingga tiada yang boleh melihat auratnya kecuali keluarga yang rapat sahaja. Tujuan pemeliharaan ini adalah untuk menjaga kemuliaan masyarakat agar lahir di sana sebuah masyarakat yang terpelihara maruahnya.
Kewajiban menutup aurat ke atas wanita tidak boleh diperbahaskan menurut lojik akal semata bahkan perlu dilihat sebagai hak wewenangan Allah SWT dalam menentukan hukum demi memelihara kesejahteraan makhlukNya.
Islam menjadikan wanita itu indah pada pandangan lelaki, perhiasan dunia dan penyejuk mata. Ini berdasarkan beberapa ayat dan Hadis Rasulullah SAW. Lelaki pula dicampakkan rasa cenderung kepada wanita, dalam sesetengah keadaan menempati tempat pertama di hati lelaki berbanding perhiasan dunia yang lain seperti harta, pangkat dan lain-lain. Ini terbukti jika diperhatikan, anak remaja lelaki, dalam usia awal belasan tahun sudah pandai memuja wanita dan menyintai wanita sedang mereka belum merasai kehendak mengumpulkan harta dan merebut pangkat.
Allah SWT, Pencipta, Pemelihara dan Pengurus diri kita dan seluruh alam ini, Dia Maha Bijaksana, Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, menetapkan hukum menutup aurat ke atas wanita sesuai dengan fitrahnya yang halus, suci, pemalu dan indah, di samping di sana ada segolongan hambaNya yang lelaki yang sangat mengidamkan wanita, semua ini demi memelihara kesucian masyarakat dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada maksiat yang besar atau kecil seperti pergaulan bebas dan kemuncaknya ialah zina.
Allah SWT melalui ayat-ayat suciNya dan Hadis-hadis Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa asas dalam menyempurnakan kewajiban menutup aurat .
Di sini, saya turunkan beberapa syarat asas dalam menutup aurat seperti yang dikehendaki syara’:
1. Seluruh tubuh adalah aurat:
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki adalah aurat yang wajib ditutup, kecuali wajah dan dua telapak tangan (termasuk belakang tangannya). Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [AQ: An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah “wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa”, maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, AhEntel Qur`an, Juz III hal. 316].
Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].
Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.
Selain itu di sana ada syarat bagi tudung wanita, firman Allah (bermaksud)
“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [ Al-Ahzab (33):59].
Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.
Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak Entes Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).
Menurut pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.
Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.
Menurut huraian ini,tudung pendek yang sering dipakai wanita hari ini,yg melekat pada badan,tidak menutupi dadanya adalah tidak memenuhi syarat bertudung dalam al Quran.
2.Bentuk dan jenis pakaian
Menurut hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar’i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya.
a) Pakaian hendaklah tebal
Syara’ telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada Dahiyah Al-Albi dan Rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab :” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :” Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.
b) Tidak terlalu licin dan lembut
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
c) Tidak berwangi-wangian pada pakaian dan badan.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.
d) Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Ini bermaksud fesyen yg tidak menyerupai lelaki, seperti wanita berkemeja dan berseluar panjang sehingga orang menyangka itu adalah lelaki, maka hukumnya haram.
e) Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Read More..

Penderitaan 40 Minit Wanita 100 Tahun

. Kamis, 26 Desember 2013
0 komentar

Malang bagi seorang warga emas, May Ward, 100, apabila beliau dibiarkan terbaring di atas katil selama 40 minit selepas terjatuh sebelum penjaganya bertindak menghubungi talian kecemasan, 999.

Ward yang tinggal di Rumah Jagaan Meppershall sejak enam tahun lalu dikatakan terjatuh sewaktu sedang dipindahkan dari kerusi ke katilnya dengan kepalanya terlebih dahulu terhempas ke lantai.

Kemalangan tersebut mengakibatkan beliau mengalami keretakan di bahagian tengkorak, memetik laporan Daily Mail.

Dua penjaga tersebut, Shasha Wei dari China dan Rumyana Ivanova dari Bulgaria kemudiannya bertindak menukar pakaian Ward yang berlumuran darah sebelum meletakkan semula beliau di atas katilnya.

Wanita yang masih bernafas itu dibiarkan selama 40 minit sebelum mereka menghubungi talian 999.

Ward menghembuskan nafas terakhir di hospital sehari selepas kejadian itu.

Bagaimanapun, kes yang dianggap sebagai kecuaian oleh pihak polis Bedfordshire itu akhirnya digugurkan kerana kekurangan bukti dan kedua-dua penjaga itu juga sudah kembali ke negara asal mereka.

Ward yang juga seorang balu mempunyai kesihatan yang baik pada usianya dan pernah menerima telegram dari Ratu yang mengesahkan usianya yang ke-100 beberapa bulan sebelum kematiannya.

Oleh: ELZA
Read More..

Kenapa Wanita Lebih Setia Berbanding Lelaki

. Rabu, 18 Desember 2013
0 komentar

Wanita Lebih Setia

Lumrahnya begitu. Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah daging wanita. Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi kaum Hawa adalah umat paling jarang menduakan pasangannya. Manakala lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia.
Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah perkahwinan.
Berikut adalah fakta kenapa persoalan di atas?
1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.
2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.
3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.
4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).
5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.
6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.
7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatan jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.
8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.
9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.
10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih. Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.- Gua.com

Read More..

Delapan Alasan Pentingnya S3ks bagi Wanita

. Jumat, 29 November 2013
0 komentar
Monggo

Orang bilang, ada 1001 alasan mengapa wanita bersedia berhubungan seks. Beberapa hal positif, di antaranya adalah meningkatkan mood, mempengaruhi keindahan kulit dan penampilan. Tentu saja juga mendapatkan kepuasan secara fisik. Jadi ada unsur kesehatan, kecantikan, dan kepuasan seks.

Seks Membuat Wanita Lebih Cantik
Hal ini telah dibuktikan secara ilmiah bahwa selama berhubungan intim, wanita yang memiliki hormon estrogen harus diproduksi dalam jumlah besar, dan itu membuat kulit mereka halus dan rambut mereka berkilau.

Seks dan Kesehatan Kulit
Berhubungan intim secara lembut dan lambat mengurangi risiko terkena dermatitis, mengurangi ruam, dan noda pada kulit. Keringat yang dikeluarkan saat berhubungan seks juga dapat membersihkan pori-pori dan membuat kulit bersinar.

Seks Menurunkan Berat Badan
Berhubungan intim adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Seks membakar kalori. Selain itu, seks membantu tubuh untuk menjadi lebih elastis dan fleksibel.

Seks adalah Olahraga
Berhubungan seks adalah jenis olahraga yang paling aman (dengan penggunaan kontrasepsi yang tepat, tentu saja). Aktivitas seksual dapat mengencangkan hampir setiap otot tubuh Anda. Selain keselamatan, seks adalah juga salah satu olahraga yang paling menyenangkan.

Seks dapat Mengobati Depresi
Seks adalah cara yang paling efektif mengobati depresi yang mendalam dan berkepanjangan. Selama seks, darah diperkaya dengan endorfin, hormon suka cita, sehingga membawa rasa euforia. Anda akan merasakan hampir semua masalah dalam hidup ini tidak separah seperti yang Anda bayangkan.

Seks Membuat Wanita Lebih Menarik
Tubuh yang aktif secara seksual menghasilkan sejumlah besar zat yang disebut feromon. Semakin banyak dan lama Anda berhubungan seks, aura dan kecantikan dari dalam tubuh Anda semakin terpancar. Namun, zat saat berhubungn intim ini nyaris tidak dimengerti. Karena jika terlalu banyak justru kadang-kadang disebut ‘hyper-seks’.

Seks Sembuhkan Sakit Kepala
Seks menyembuhkan sakit kepala. Sebuah tindakan seksual melemahkan ketegangan yang membatasi pembuluh darah di otak.

Seks sebagai Sedatif
Seks adalah obat penenang teraman di dunia. Berhubungan intim adalah 10 kali lebih kuat sebagai valium.

Semua manfaat dari seks cukup jelas. Seks sangat penting, dan merupakan bagian integral dari kehidupan Anda. Bukahkah begitu?
Read More..