Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan

Zahid Hamidi “Terima Kasih Portal Pembangkang Kerana ‘Popularkan’ Saya”

. Kamis, 13 Maret 2014
0 komentar

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan penghargaan kepada portal berita pembangkang kerana “mempromosikan” kempennya pada pemilihan Umno kali ini.

Ahmad Zahid ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi berkata, portal pembangkang berkenaan turut mempopularkan beliau dengan laporan mereka.

“Saya ucapkan terima kasih pada portal berita dan majalah dan bahan di bidang sosial pro pembangkang kerana mereka turut membantu mempopularkan saya.

“Saya harap mereka jangan menyesal beri liputan tidak baik pada saya,” katanya, yang tidak menamakan portal berkenaan.

Keputusan penuh yang diumumkan malam tadi bagi jawatan Naib Presiden menyaksikan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mendahului dalam pertandingan enam penjuru apabila memperolehi 185 undi daripada peringkat Umno Bahagian.

“Proses transformasi boleh dilakukan bukan hanya kerana muka baru dan orang muda tetapi yang penting bagaimana cara yang relevan dan memudakan Umno dijalankan.

“Saya rasa agenda bagi mentransformasi dan meremajakan Umno akan dilakukan bagi membantu presiden dan timbalan presiden supaya agenda yang dilakukan akan dapat memperkukuh lagi Umno sebagai tulang belakang Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita.

Keputusan penuh yang diumumkan sekitar jam 1.40 pagi tadi turut menyaksikan Datuk Seri Shafie Apdal menduduki tangga kedua dengan 174 undi, diikuti Datuk Seri Hishamuddin Hussein dengan 100 undi sekaligus menyaksikan ketiga-tiga penyandang kerusi berkenaan kekal.

Meskipun pencabar, Datuk Mukhriz Mahathir dilihat memberikan saingan sengit kepada Hishamuddin, anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu bagaimanapun gagal meletakkan dirinya dalam kelompok tiga teratas apabila sekadar memperolehi 91 undi.

Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad sekadar berpuas hati dengan masing-masing berkongsi tujuh undi. – Malaysian Insider
Read More..

Kisah Sepasang Kekasih Maut Kemalangan Ngeri Kerana Cabar Tuhan

. Sabtu, 08 Februari 2014
0 komentar
Kisah Sepasang Kekasih Maut Kemalangan Ngeri Kerana Cabar Tuhan | Subhanallah.....andainya benar kisah kemalangan maut sepasang kekasih yang mengerikan baru-baru ini, maka ingatlah mungkin ini sebenarnya satu pengajaran kepada kita yang masih lagi bernafas dimuka bumiNYA ini supaya tidak mudah leka dan lalai dengan hal duniawi.
Kisah Sepasang Kekasih Maut Kemalangan Ngeri Kerana Cabar Tuhan

Info dari SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tmpt saya- johor. Tmpt & nama2 terlibat x perlulah ditulis di sini..)

Penangan mencabar Allah !

Sepasang couple, dinasihat oleh kluarga & kwn2 agar jgn suka buat maksiat.. Semua nasihat hanya dibalas dgn kata2 perli oleh mrk berdua..

Nak jd cerita smlm.. Terluncur kata2 dari mrk brdua, “Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tgk sapa lg kuat ! ” Sambil ketawa. Kedua2nya gelak..

Kira2 jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mrk brdua berkenderaankn motosikal memecut laju di highway tepi kg kami. Tiba2 brdentum bunyi accident. Kedua2 pasangn itu terpelusok didpti terpelosok ke bwh lori 16 tayar.

Menurut saksi, mrk cuba memotong tp ada kereta brgerak perlahan d dpn, lalu terbabas ke lori semula, x dpt dielak lg.. Apa yg trjd kpd mrk? Kedua2nya digelek hancur oleh lori yg sarat dgn muatannya itu..

Menurut saksi , tidak ada satu bhgn dari bdn kedua2 yg tidak hancur. Yg dpt dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yg dagingnya telah tiada lgsung, bagai dikikis habis..

Bomba yg mengutip mayat2 itu hanya dpt mengutip sisa2 itu dgn penyodok shj. Oleh krn mayat2, mati berasingn, maka dpt la diasingkn jgk antara keduanya..

Di hospital, kedua2 mayat dimandikan dlm tapis, bagai membasuh daging cincang ( daging tetel ?), tiada jln lain. Mayat itu kmdian dikafan bagai mengulung ‘kueh popia’ & dikerandakn. Kpd keluarga msg2 dipesan spya jgn dibuka lg keranda itu..

Maka siang td (17 sept 2013), telah ditanam hamba2 Allah yg sombong itu.. Hamba2 yg begitu berani mencabar Allah ! Apakah nasib mrk mlm ini wahai kawan2 ku !?

*Wahai saudara2 ku, wahai hamba2 Allah, ambillah pengajaran dari kejadian ini..(!) Na’uzubbillah! Inilah balasanNYA ..cash di dunia..

ps: Mohon share kpd kawan2 sebagai peringatan.. terima kasih. sumber


language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Read More..

Bekas menteri Umno sertai kecaman terhadap adik Najib kerana bela CEO AirAsia X

. Sabtu, 28 Desember 2013
0 komentar

June 12, 2013
KUALA LUMPUR, 12 Jun – Bekas menteri Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin, hari ini menyertai kecaman terhadap adik perdana menteri Datuk Seri Nazir Razak kerana membela Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani kerana mengkritik pendirian rasis akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia.

Dua hari lalu Nazir yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Bank Berhad memuji Azran kerana berani menyatakan pendiriannya walaupun tidak disukai ramai orang.
Azran diserang hebat oleh Utusan Malaysia dan pertubuhan Melayu berhaluan kanan sebelum ini selepas mengkritik akhbar milik Umno itu melalui akaun twitternya @azranosmanrani.

“Barangkali Nazir memikirkan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina, maka Barisan Nasional akan mendapat sokongan orang Cina,” tulis Zainuddin dalam kolumnya di Utusan Malaysia hari ini bertajuk “Korporat galak sikap dan amalan anarkis”.
“Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi oleh Najib dan Umno,” tambah beliau lagi.

Menurut bekas menteri penerangan di zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi itu, Nazir seolah-oleh merestui tindakan anarkis sesetengah tokoh korporat.
“Pada pandangan saya, oleh kerana Nazir menganggap Azran sebagai seorang pemimpin besar kerana tindakannya itu, maka bererti beliau merestukan amalan sikap anarkis CEO atau Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dalam badan-badan korporat atau syarikat besar.

“Tentulah semangat Azran bertambah tinggi dengan sokongan Nazir, adik kepada Perdana Menteri Malaysia yang tidak memahami krisis keyakinan yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Umno,” katanya.
Ketika melancarkan prospektus AirAsia X kelmarin adik kepada Najib itu dilaporkan berkata oleh media,”sesetengah orang mungkin memikirkan Azran melampau dalam kata-katanya tetapi apakah yang dapat kita harapkan apabila kita mempunyai seorang pengerusi seperti (Tan Sri) Rafidah Aziz”.

Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia itu menyatakan tidak faham mengapa Nazir menganggap Azran sebagai pemimpin yang lantang dan berterus terang.
“Saya tidak tahu dalam soal apakah yang dimaksudkan oleh Nazir sebagai sikap terus terang Azran.
“Adakah tanggapannya Utusan sebagai akhbar rasis kerana menyiarkan berita ‘Apa Lagi Orang Cina Mahu’ atau ugutannya untuk menarik iklan AirAsia daripada Utusan Malaysia,” katanya.

Semalam pertubuhan bukan kerajaan Gabungan NGO Islam menyelar Nazir ekoran sokongannya terhadap Azran.
“Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa ‘Seperti kacang lupakan kulit.
“Justeru kami ingin sarankan agar Nazir dan Azran bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka demi menguatkan lagi sikap anti Melayu mereka,” kata Dzulkarnain Taib mewakili gabungan pertubuhan tersebut semalam.

Presiden Wartawan Muda Malaysia itu membidas Nazir kerana tidak mementingkan sensitiviti kaum Melayu sendiri, disamping mendakwa adik kepada Najib tidak pernah memahami rasa susah payah kerana dibesarkan dalam keluarga bangsawan.
“Tidak ramai orang Melayu bernasib baik seperti Nazir yang dilahirkan di dalam keluarga bangsawan.

“Kami sangat kesal dengan kenyataan Nazir kerana walaupun menerajui sebuah konglomerat bank yang terkemuka di rantau ASEAN, malangnya beliau terperangkap dalam kerangka pemikiran dan minda yang membelakangkan sentimen dan sensitiviti bangsa Melayunya sendiri,” katanya lagi.

Semenjak bulan lalu Azran turut dilaporkan menerima kritikan daripada Perkasa, kumpulan pendesak Melayu atas kenyataan kerasnya itu.
Utusan Malaysia turut menyiarkan pandangan pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan aktivis pro Umno menyelar Azran dan menggelarnya “sombong” dan Melayu yang lupa daratan.

Pengerusi AirAsia X Rafizah dan pengarahnya, Datuk Seri Kalimullah Hassan juga turut diserang daripada pelbagai kumpulan selepas kedua-duanya mempertahankan kenyataan Azran.
Pemangku Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar turut menyokong Utusan dan berkata Azran tidak akan berada di posisi sekarang tanpa “perjuangan Melayu yang dilakukan Utusan Malaysia”.
Read More..

Disisih keluarga kerana khalwat

. Kamis, 19 Desember 2013
0 komentar

SABAK BERNAM – “Saya tak akan makan rendang, melainkan jika hidangan itu dimasak ibu sendiri,” kata seorang penghuni di rumah Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, di sini.

Nadia (bukan nama sebenar) berkata, kedatangan lebaran kali ini memberi pengertian amat mendalam kepada dirinya kerana terpaksa beraya bersama penghuni wanita lain tanpa keluarga tersayang.

Menurutnya, jauh di sudut hati, dia tetap merindukan keluarganya, namun peristiwa dia ditangkap khalwat pada Oktober tahun lalu menyebabkan dia berasa tawar hati dengan sikap abang dan kakaknya yang lain.

“Aidilfitri yang disambut tahun ini, sudah tiada ertinya lagi kerana saya seolah-olah tersisih daripada keluarga apabila abang dan kakak seperti tidak dapat memaafkan dosa saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Nadia berkata, dia kini insaf dengan perbuatan dan dosa dilakukannya bersama kekasih hati yang dikenalinya di sebuah pasar raya di Selangor.

“Saya ingin menjalin ikatan suci dengannya dan tidak mahu mengulangi kisah lampau dengan melakukan dosa besar, sebaliknya mahu mencari keberkatan Aidilfitri ini untuk muhasabah dan mendekatkan diri pada yang Maha Esa,” katanya.

Menurutnya, dia bergelumang dengan dosa zina apabila mengenali lelaki dari Sarawak itu sewaktu menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Pahang dan mereka sering melakukan hubungan terlarang di hotel.

“Pada mulanya, kami hanya berkenalan memandangkan dia ada teman wanita. Lelaki itu juga selalu membawa saya tengok wayang, berjalan-jalan hingga kami terjerumus dalam hubungan terlarang.

“Dia juga selalu beri saya wang, hinggalah kami terlanjur lebih tiga bulan sejak Julai tahun lalu, sebelum saya ditahan pihak penguat kuasa jabatan agama kerana bersekedudukan,” katanya.

Menurutnya, selepas dia dicekup di sebuah hotel bajet, di Selangor, abangnya pernah memalukannya di asrama dengan kata-kata menyakitkan hati hingga rahsia dia ditangkap khalwat diketahui rakan-rakan lain.

“Lebih menyakitkan hati, saya digelar pelacur seolah-olah saya tidak ada perasaan dan saya harap Aidilfitri ini dapat menjernihkan hubungan kami sekeluarga,” katanya.

Menurutnya, dia kini menemui bahagian di rumah Baitul Ehsan yang memberi sinar baru dalam hidupnya dan berharap dapat menjalani kehidupan lebih baik dan meninggalkan dosa besar tersebut.

“Biarlah saya mencari kedamaian di sini, mungkin ada hikmahnya saya ditempatkan di rumah ini bagi menebus kesalahan masa lampau,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Hal Ehwal Penghuni dan Kaunseling Rumah Baitul Ehsan, Nur Afniza Kahpi berkata, seramai 29 penghuni rumah itu tidak pulang beraya disebabkan perintah mahkamah dan ada di antaranya yang sukarela tidak mahu pulang ke kampung.

Katanya, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengeluarkan peruntukan baju raya kepada semua penghuni rumah itu dan kebanyakannya dijahit sendiri penghuni untuk kegunaan lebaran.

“Mereka juga akan dihidangkan dengan menu raya pada pagi Syawal dan akan mengadakan program baraan raya ke rumah guru-guru pembimbing,” katanya.

Read More..